Search

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasi...

  • Share this:

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telah meluangkan masa untuk menjelaskan kepada saya secara keseluruhan mengenai apa yang telah berlaku. Saya sendiri telah menghubungi doktor pakar obstetrik saya, Dr Ravi yang merupakan ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (OBGYN) di Malaysia untuk mendapatkan pemahaman secara lebih lanjut. Saya difahamkan bahawa nama saya telah disebut kerana saya mempunyai doula yang berada di sisi saya untuk kesemua proses kelahiran ketiga-tiga anak saya. Apa yang saya ingin semua orang tahu ialah 1. Saya melahirkan anak di hospital di mana saya dikelilingi oleh pakar-pakar perubatan. 2. Doula saya @red_miller_midwife merupakan doula yang SAH serta mempunyai ribuan pengalaman menyambut kelahiran dan TIDAK akan campur tangan sekiranya ada perkara perubatan yang perlu dilakukan. 3. Melalui pengalaman saya, saya mempunyai OBGYN dan doula untuk bekerjasama dalam semua kelahiran anak saya tetapi tidak pernah sesekali doula saya melangkaui keputusan OBGYN saya kerana kami tahu kami berhadapan dengan situasi di ambang HIDUP & MATI.

Kepada ibu-ibu baru & para ibu di luar sana, nasihat saya kepada anda adalah bahawa meskipun anda telah membayangkan kelahiran anak yang indah untuk diri sendiri dan bayi anda, ingatlah sentiasa dalam fikiran anda bahawa apa-apa perkara boleh berlaku sebaliknya dalam sekelip mata. Jangan ambil perkara ini dengan mudah dan sentiasalah utamakan keselamatan anda dan yang paling penting adalah keselamatan bayi anda.

Ribuan terima kasih kepada Dr Shikin kerana membangkitkan perkara ini kepada saya. Saya yakin bahawa mahkamah telah membuat keputusan yang tepat. Tiada seorang pun yang berhak disalahtuduh sebagai pembunuh dan saya juga tidak bersetuju dengan pembulian siber. Dengan itu, sekali lagi saya tegaskan bahawa saya masih berpendapat bahawa perlunya kehadiran pakar perubatan di sisi anda walaupun anda inginkan seorang doula dan pelahiran yang sempurna. Saya juga berharap suatu hari nanti pihak KKM boleh mewujudkan sebuah organisasi yang terancang untuk doula agar mereka dikenali dan boleh bekerjasama dengan pihak hospital. Supaya kita mampu mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Love, Khaleeda.

---

First of all I would like to say thank you to everyone who has taken their time to explain to me of the whole situation. I myself have contacted my obstetrician Dr Ravi who is the National head of OBGYN in Malaysia to understand it at length. I was made to understand that my name was being mentioned for the fact that I had a doula beside me with all 3 of my deliveries. What I want everyone to know is 1. I gave birth in a hospital where I was surrounded by medical experts. 2. My incredible CERTIFIED doula @red_miller_midwife has thousand of birth experiences and yet will NEVER intervene if anything were to be done medically. 3. With my experiences, I had my OBGYN and doula to work hand in hand in all my deliveries but never for my doula to overstep any of my OBGYN’s decisions because we know we are dealing with a valley of LIFE & DEATH.

To new mothers & moms out there, my advice to you is that even though you have imagined a beautiful birth for yourself and your baby, do know in the back of your mind that matter could go in the opposite direction in a split second. Do not take things for granted and always put your safety first and most importantly your baby’s safety.

Thank you very much Dr Shikin for highlighting this to my attention. I'm sure the court has made the right decision. No one should ever be falsely accused for murder and furthermore I do not condone cyber bullying. With that being said, I still hold strongly with my opinion on having medical experts by your side even if you want to have your doula and a gentle birth. I hope one day KKM can establish a governing body for doulas so they will be recognised and for them to be able to work hand in hand with the hospitals. So we could avoid any mishaps in the future. Love, Khaleeda.


Tags:

About author
not provided
Official Facebook of Her Highness Che' Puan Besar Khaleeda Binti Bustaman
View all posts